Sabtu, 29 Ogos 2009

dialog dalam petikan filem SYURGA CINTA

Awal:Maafkan saya su...Sesungguhnya saya telah jumpai,apa yang dimaksudkan jodoh
daripada Allah,saya nak jadikan yang halal buat saya su,sentiasa berada disisi
saya,susah dan senang,dan sentiasa menemani saya di dunia akhirat dan insyallah
su,cinta sampai syurga...

Haliza:Saya perlukan cinta,kasih dan sayang yang ikhlas,hingga nyawa tercerai dan
jasad,bukan untuk dipermainkan,bukan untuk dipersendakan

Awal:Saya ada impian su,dan impian saya cuma satu,saya ingin hidup semati dengan awak
tapi kali ini,saya benar-benar jujur dan ikhlas su,mungkin cinta saya tidak
seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti Khatijah ataupun tidak sehebat cinta
Zulaikha pada Nabi Yusuf,tapi apa yang saya tahu su,saya perlu awak dalam hidup
saya.

Awal:Suhada,sudi tak awak,sehidup semati dengan saya....

ayat Allah dalam firman al-Quran:

Maksudnya: "Bukankah bumi Allah itu terbentuk luas dan kamu bisa berhijrah."

an-Nisa':ayat 97

Dzun Nun berkata: Aku sangat kagum akan kecintaanmu,yang sangat tulus dan jernih kepada sang Kekasih Sejatimu. Rabi'ah menjawab: Maha suci Allah. Engkau lebih tahu,wahai Dzun Nun. Kau berbicara kepadaku dengan bahasa ahli hakikat dan menanyakanku dengan paradigma makrifat? Dzun Nun berkata: Bukankah setiap penanya berhak mendapatkan jawapan? Rabi'ah lantas melantunkan biar syair:

KUCINTAI ENGKAU,WAHAI KEKASIHKU,DENGAN DUA CINTA
CINTA KERANA DORONGAN HASRAT DAN NALURI KEWANITAANKU
DAN CINTA YANG MEMANG ENGKAU BERHAK ATAS CINTA DIRIKU
ADAPUN HASRAT YANG MENDORONG CINTAKU KEPADA DIRIKU
MEMBUAT DIRIKU MASYGHUL BERZIKIR DAN MENGINGATMU
SEDANGKAN CINTAKU YANG ENGKAU MEMANG BERHAK ATASNYA
MENUNTUN DIRIKU,UNTUK MENYELAK TIRAI PENGHALANG DARIMU
AGAR AKU DAPAT MELIHAT WAJAHMU
WAHAI KEKASIHKU...MAKA,TIADA PUJIAN YANG LAYAK DITERIMA,UNTUK
DAN DEMI DIRIKU
NAMUN,SEGENAP PUJIAN,ADALAH UNTUK DAN DEMI DIRIMU SEMATA

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah yang tanpa batas itu,menjadikan dirinya wushul (tersambung) dan qurb (dekat) dengan-Nya tanpa jarak.Allah menjadikan Rabi'ah insan terkasih dan dikasih-Nya.Allah 'menitip'kan karamah dan kasih keutamaan-Nya kepada Rabi'ah.

ketika cinta bertasbih

"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar mengubah cuka jadi anggur,menggubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibbah itulah cinta".

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan penjang lebar,Namun jika cinta kudatangi,aku jadi malu pada keteranganku sendiri,Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,Namun tanpa lidah,Cinta ternyata lebih terang...Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta,dalam menguraikan cinta,akal terbaring tak berdaya,bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

penantian yang hilang...

siang menganti malam...malam menganti siang...mata yg melihat hati terasa...kelu dilidah tiada kata-kata...terhenti nafaz masih bernyawa...wujudnya ia suara tiada,hilangnya dia,meninggalkan semalam...Ibarat daun tiada hijaunya...hendak menangis tiada arahnya...hidup merusup tiada tempatnya...semakin dekat..bertakhta dijiwa...hendak dicapai terasa jauhan darah yang mengalir masih merisik...namun kau sana aku disini..
terhutang budi tergadai hati,menyusun langkah sisir terlangkah...
terus berundur melangkah ke depan di sini tidak,disana pun tidak.

malam berganti malam...terasa amat suram...tiada tiupan angin...dalam sebuah ekstrimnya boleh dikatakan sebagai " kegilaan ".

aku seperti semalam...menunggu di luar genjela...aku menunggu bintang dan bulan...tapi malam ini seolah-olah sunyi...tiada apa yg menyeronokan.panggilan tiada berbunyi...wanita yg dicari entah dimana...sunyi...sunyi...sunyi...kegelapan menganti kekecewaan...seolah-olah aku hendak menangis tetapi tidak bersebab...tapi aku tabah meniti hidup...aku impikan kebahagiaan...aku impikan cinta sejati..aku ingin kata-kata yang boleh buat aku bersemangat...tapi dimana..!!!!apakah dugaan sengaja ataupun...takdir disebaliknya...Ya Allah...kau berikan kegembiraan kembali kepada ku...kau berikan hati aku ini kekal untuk aku meniti juram hidup ini...

aminn....

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sekapur Sirih (sedikit taaruf tentang diri)

Saya teringat sepotong hadis daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

" Ya Tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti)yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu. "

Hadis riwayat Tirmidzi:3341

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,kita masih berpijak dimuka bumimu Ya rabbi.
sedikit sebanyak saya nak berkongsi latar belakang saya gan kawan-kawan yang singgah ke laman blog saya yang tak seberapa ini.insyallah..bab kata orang tak kenal maka tak cinta..hehehehehe

nama diberi ALIFF BIN FADZIL, anak sulung dari 3 beradik, dilahirkan di sungai petani kedah,tarikh lahir (9/7/1990)muda lagi kan...hehehehehehe...kawan-kawan boleh panggil kita alip...aliff...or apa2 la yang baik dan ada maksud.
status:(masih bujang-dok mencari siapa permata dihati):p

kini belajar di Universiti Industri selangaor UNISEL,mengambil jurusan DIPLOMA in LIBRARY SCIENCE...menatap dihostel di A1-1F-U1-B1-pax 3 kalau tak silap la..hehehehe

menjawat jawatan sebagai Majlis Peewakilan Pelajar dalam Exco Kebajikan,Penginapan dan Aduan...

emm...alip kalau kawan-kawan nak tahu...lebih berjiwa kampung...walaupun udah lama menetap kat Kuala Lumpur...alip antara cucu yang selalu pulang ke kampung sendiri tau...mcm-mcm ada kat sana...biasa la...cucu sulung dalam keluarga che ani...
alip nie nak kata baik tak la baik sangat..orangnya comel2,orangnya tanggungjawab,orangnya juga suka bernyanyi,kadang2 tu melalak kat rmh sorang2 hehehe,alip juga suka cerita cinta dan jiwanya agak jiwang orangnya...tapi sekarang dah kurang..kalau time sekolah surat cinta bertimbun...hehehehehe...apa lagi ekk nak cerita kat kawan2..
tu je kot dulu...

kalau nak tahu lebih...add ym alip...
(ajj_alipjejakajambu@yahoo.com)
leh borak panjang...

hakikat cinta

" Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi,
bersabarlah,kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindu kelak.
Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkan dirimu.
Syahdukan dirimu dalam merindu, Dia pun juga merinduimu. "

Yahya Ibn Muad berkata:

Tanda sebuah kerinduan ( kepada Allah )adalah membuang sauh-sauh hawa nafsu yang hinggap di hati, bagi meraih dakapan kasih sayang-Nya.

Lalu lisanku berbisik memanggilMu
Kita kumpul kerana pelbagai makna
kitapun berpisah kerana pelbagai makna
Jika berpisah kerana pelbagai makna
Jika keghaibanMu dari kedipan mataku
Hanyalah kerana keagunganMu
Namun Wajd( cintaku ) telah menjadikanMu
Begitu sangat dekat dengan diriku...Oh Allahku

soalan
*Marilah kita jujur bertanya kepada diri, adakah kita mengerti kesejatian Allah,yang kita sembah?
Adalah kita mencintai-NYa dan Dia mencintai kita?
Adakah kita dekat dengan-Nya dan Dia dekat dengan kita?
Sungguhkah kita mencintai Allah? Sungguhkah kita dekat dengan-Nya?

jawapan
*Berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan ini,ada baiknya kita mengingati ujaran al-juned. Ketahuilah oleh anda! Bahawa Allah dekat dengan hati para hamba-Nya, sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba dengan-Nya. Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati anda?
al-Juned juga mengelaskan:
Hati anda adalah 'taman' cinta Allah, percantikkan taman anda dengan kecintaan dan kerinduan kepadaa-Nya. Supaya anda dapat meraih kedekatan hakiki dengan-Nya, yakni kedekatan yang bersendikan cinta dan ketaatan kepada-Nya,tanpa batas,menembus dimensi ruang waktu. Kejarlah cinta anda! Urai kerinduan anda! Ukur dekatnya anda dengan Allah. Supaya anda bisa menggapai Redhallah (keredaan Allah Azza Wa Jalla).

Semoga kita mampu mengikuti jejak Rabi'ah al-Adawiyah, yang beroleh kedudukan luhur di sisi Allah dengan 'jalan' dan wasilah cinta..

Wallahua'lam

meniti hidup ini dengan perasaan cinta

" Ya Allah,kekalkan cinta kami didunia dan akhirat, Ya Allah masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu Agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya ".

Cinta bagai tajuk yang 'terbungkus' kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat ' malu-malu ', berwajah seni dan membawa jiwa.Cinta boleh disamakan dengan wang ringgit. Wang ringgit yang digunakan bagi tujuan dan perkara yang baik akan membawa ketenangan kepada pemiliknya. Cinta juga diibarat seperti pisau. Sekiranya pisau itu digunakan untuk melakaukan sesuatu yang sepatutnya seperti untuk memotong sayur, buah-buahan dan lain-lain yang mendatangkan manfaat, ia tidak memudaratkan kepada pemiliknya.

Teknologi pada zaman ini amat canggih,dan boleh dimanfaatkan untuk menyemarakkan rasa cinta.

saya tertarik dengan satu ayat yang digariskan oleh Rasulullah saw seperti dalam hadis yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad saw, baginda bersabda; " Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartannya, keturunnya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia. "

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim