Jumaat, 28 Ogos 2009

hakikat cinta

" Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi,
bersabarlah,kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindu kelak.
Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkan dirimu.
Syahdukan dirimu dalam merindu, Dia pun juga merinduimu. "

Yahya Ibn Muad berkata:

Tanda sebuah kerinduan ( kepada Allah )adalah membuang sauh-sauh hawa nafsu yang hinggap di hati, bagi meraih dakapan kasih sayang-Nya.

Lalu lisanku berbisik memanggilMu
Kita kumpul kerana pelbagai makna
kitapun berpisah kerana pelbagai makna
Jika berpisah kerana pelbagai makna
Jika keghaibanMu dari kedipan mataku
Hanyalah kerana keagunganMu
Namun Wajd( cintaku ) telah menjadikanMu
Begitu sangat dekat dengan diriku...Oh Allahku

soalan
*Marilah kita jujur bertanya kepada diri, adakah kita mengerti kesejatian Allah,yang kita sembah?
Adalah kita mencintai-NYa dan Dia mencintai kita?
Adakah kita dekat dengan-Nya dan Dia dekat dengan kita?
Sungguhkah kita mencintai Allah? Sungguhkah kita dekat dengan-Nya?

jawapan
*Berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan ini,ada baiknya kita mengingati ujaran al-juned. Ketahuilah oleh anda! Bahawa Allah dekat dengan hati para hamba-Nya, sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba dengan-Nya. Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati anda?
al-Juned juga mengelaskan:
Hati anda adalah 'taman' cinta Allah, percantikkan taman anda dengan kecintaan dan kerinduan kepadaa-Nya. Supaya anda dapat meraih kedekatan hakiki dengan-Nya, yakni kedekatan yang bersendikan cinta dan ketaatan kepada-Nya,tanpa batas,menembus dimensi ruang waktu. Kejarlah cinta anda! Urai kerinduan anda! Ukur dekatnya anda dengan Allah. Supaya anda bisa menggapai Redhallah (keredaan Allah Azza Wa Jalla).

Semoga kita mampu mengikuti jejak Rabi'ah al-Adawiyah, yang beroleh kedudukan luhur di sisi Allah dengan 'jalan' dan wasilah cinta..

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan