Jumaat, 23 April 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Dalam penulisan ini, saya lontarkan kepada para pembaca tentang pencemaran bahasa kita iaitu Bahasa Melayu. Bahasa ibunda kita ini tidak dicemari oleh bangsa lain tetapi yang malangnya dicemari, dicacati, dirobek, diporakkan dan banyak lagi kerenah dilakukan oleh bangsa sendiri.

Saban masa dan ketika, kita melihat bahasa ibunda ini seperti dipermain-mainkan dalam penulisan sehingga apa yang saya lihat ianya bukan lagi menjadi bahasa rasmi tetapi bahasa kolokial yang begitu jelek dilihat. Perkara ini, bukanlah satu polemik tetapi sudah dimaktubkan, namun begitu ketetapan tersebut cuba dipolemikkan sehingga pada hari ini. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa ibunda dalam petuturan dan lebih-lebih lagi dalam penulisan.

Pada hari ini begitu banyak berlaku pencemaran bahasa kita sendiri yang melibatkan penulisan. Apabila dilihat melalui penulisan-penulisan dalam khidmat pesanan ringkas, memo, e-mail dan banyak lagi medium penulisan yang berbentuk tidak formal, orang kita suka merosakkan bahasa sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan dalam konteks pemahaman. Kita tidak berani membuat kerenah terhadap bahasa Al-quran dengan cuba ditulis dalam bentuk apa yang kita lakukan seperti mana bahasa ibunda kita, kita sudah maklum apa yang bakal kita perolehi jika kita melakukannya. Tetapi mengapa kita sewenang-wenangnya memperlakukan bahasa ibunda kita sedemikian rupa sehingga mencacatkannya dan menjadi caca merba yang penuh dengan kekeliruan.

Ingatlah bahasa jiwa bangsa, bahasa berkait dengan budi bahasa, bahasa melambangkan bangsa. Namun begitu tidak salah jika kita menulis dan bertutur dengan loghat daerah yang kita wakili, kerana ia merupakan bahasa rasmi dalam satu-satu daerah dan boleh diterima pakai.

Sebenarnya menjadi satu kesalahan jika kita menulis `sy’, `tp’, `bgm’, `btt’, `xpe’ dan entah apa-apa lagi dan yang jelas melambangkan satu usaha tidak langsung mencacatkan bahasa sendiri. Kita akan terbawa-bawa dengan apa yang kita laku pada masa kini yang mungkin akan menjadi tabiat yang tidak wajar diamalkan dalam kehidupan. Tambahan pula kita sebagai Islam, menggunakan bahasa untuk menyampaikan dakwah kepada yang perlu dipimpin merupakan medium utama, bagaimana boleh berjaya jika kita berjongkang-jongkit dalam berbahasa. Kita memerlukan bahasa yang indah dan penulisan yang jelas, pada saya bahasa Melayu cukup indah jika dikaji dan dilihat dari aspek estetikanya.


Ini jelas seperti mana yang ditulis oleh Tun Seri Lanang dengan Kitab Silaltus Salatin (Sejarah Melayu). Jika kita membacanya, terasa keindahan dan kesenian penulisan selain dapat mengetahui budaya hidup bangsa sendiri. Ingatlah Assyahid Syed Qutb, menulis `Fi Zillalilquran’, betapa indahnya bahasa yang digunakan, sehingga apabila kita mentelaahnya boleh mengalir air mata. Begitu dalam dan bermaknanya, ulasan beliau dengan penggunaan bahasa yang cukup sempurna menyentuh kalbu dan membuka pemikiran yang jelas tentang kebesaran Allah. Inilah peranan bahasa dan sayangilah bahasa kita, jangan kita memandang remeh kerana ingin mudah dan cepat. Akhirnya tanpa disedari kita menggadaikan maruah bahasa, terus sepi dan tidak bermakna lagi. Apa yang pahit janganlah terus dibuang dan yang manis janganlah terus ditelan,

Cubalah sahabat-sahabat fikirkan.

Wallahualam.

Selasa, 6 April 2010

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

inilah dia permata yg ditunggu,dicari?????

Aku tidak sedar dalam diam…ada tulisan yang menemukan cinta yang dikatakan penawar hati,tidak terdetik untuk aku suara bahasa indah antara dia dan aku,tetapi ia bagai satu permulaan cerita antara permata yang dicari.

Hadirnya dia tidak sedari,dia bagai permata…penuh dengan cahaya di wajahnya,pintaku terdetik satu lafaz kata yang aku sukakan keayuannya,kecantikannya,dan hati budinya,aku ingin kenali lebih rapat siapa dia kekasih permata yang dicari ini. Tidak terlena aku,memikirkan apakah yang akan aku lakukan untuk menarik hati sidia,berbagai kata,berbagai nada,berbagai tulisan yang cuba aku sampaikan. Bintang dan bulan menjadi peneman,antara satu cerita yang aku cuba reka ataupun hajatkan,bintang ibarat dia,bulan ibarat aku. Kisah yang pernah aku coretkan,tetapi melalui imaginasi, hati penuh dengan nada syahdu,menyanyikan lagu,dengan angin yang bertiup sayu, banyak yang bermain di fikiranku. Wajahnya membuatku, tersenyum sayu. Pandangannya membuat aku terbuka ruang untuk aku tanam kembali kisah cinta, dia yang dikatakan permata yang dicari. Aku akan cuba semai, biar ia tumbuh dengan suburnya, aku akan belai. Ini adalah kurnian ilahi, takdir yang sebelum nie telah banyak mengubahku menjadi insan yang matang, aku terus menjaga agar tiada hasutan, dan aku bersyukur Allah telah berikan aku peluang untuk aku tunjukkan kasih sayang kepada sidia.

Banyak lagi sebenarnya haluan yang perlu aku terokai, dalam erti kata..kehidupan mencari sinar agar terjalin satu hubungan yang akrab dan satu harmoni.
Tidak jangka ini semua akan berlaku, Allah lebih mengetahui.
Jika sebelum ini satu babak penuh dengan persoalan, tanda Tanya,dan sebagainya mungkin itu satu ujian. Allah adil kepada kita semua dalam temukan jodoh, dan Allah juga adil dalam member i pengalaman pahit dan manis. Biar ia menjadi satu cerita yang dikatakan anugerah dari ilahi.

Aku tertanya kembali gadis ini yang aku sebelum ini tidak kenal, tetapi hanya berkata didalam hati, adakah satu hari nanti aku akan temui gadis seperti ini. Noktah kembali,persoalan hati mula terdetik bertanya, Adakah ini jalan pintu yang sebelum ini rosak kini kembali pulih,mungkin boleh ditaksirkan begitu. Atau ini memang jodoh aku.

milik siapa hati,cinta,perasan???

Tak terbayang aku jika kau tiada disisi,jika kau tiada pada siapa harus kutemu bila mencari ketenangan. Tika aku putus harapan kau didepan. Kau buat hidup aku sempurna, masa itu bukan milik kita tetapi milik semua,jika kau tiada aku hilang arah,oh tuhan berilah restu saat aku pejamkan mataku.

Memori yang meresap setiap hari,telah membuatkan kita tidak pasti betapa bahawa cinta itu semakin hampir,semakin jauh kita pergi,semakin dekat cinta itu hampiri kita. Seolah bagai semalam cinta terakhir bermula,yang pasti cinta itu menerangi ikhlasan di jiwa,mimpi pandangan pinta untuk seorang insan bergelar kekasih. Hasrat dihati ingin abadikan, kerana hanya satu persoalan dan kata perlu di tanya ataupun ditunai janji. Aku syukur kerana aku hampiri dengan cinta, walaupun banyak suka dan duka aku harungi, tidak terbayang sebelum ini. Walaupun sedih, hendak lelapkan mata tetapi hasrat di hati tidak pernah padam, kerana ini juga secebis hasrat. Sungguh aku tidak sangka bila mengamitkan kembali bila aku luahkan kata, tetapi dalam diam perasaan mengamitkan datang kembali kerana,dikau mengalirkan mata. Tidak terlintas, hati berubah,sungguh tidak sangka. Dugaan yang sebelum ini tidak pernah begitu berat seperti ini. Namun aku tetap pegang janji,aku takkan goyah,aku berjanji padamu.
Aku ingin bersama dalam suka dan duka, “walaupun cinta aku tidak seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti Khatijah,dan diri seindah Sulaiman serta aku tidak mencari teman secantik Balqis”.
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat, dan tak guna juga ada hati kalau tak tahu menilai.

Ermm...

Aku malam ini, mencari,menunggu,menanti...ingin melihat bulan dan bintang agar rindu aku terubat,walaupun aku berduka,sedih dan lara,tetapi hati aku padanya tetap kukuh. Sebab aku tidak mahu kisah yang lalu terulang kembali. Biar insan itu yang membuat keputusan, usaha tidak akan berakhir,tetap akan terus menerus walaupun banyak rintangan dan sifat terakhir timbul. Aku menunggu,aku kotakan janji.

Kadang kala hati bertanya,hati suram selalu,hati ini seolah dihentikan...hendak menangis tiada tempat kecuali di rumah Allah tempat aku memohon pertolongan,di situ berbagai cara yang aku lakukan,kadang kala aku pejamkan mata,muhasabah sentiasa,untuk kembali sinar dan hati yang tabah untuk menerima kisah yang belaku ini.

Sabtu, 13 Mac 2010

kisah kau dan aku

"jadikan kisah ini sebagai kisah yang sebelum2 nie menjadi rutin dalam kisah hidup manusia"

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.

Isnin, 4 Januari 2010

Bangkit Mahasiswa/ Melayu perlu bangkit

Mahasiswa Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah serta hak agama dan bangsa termasuk dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly.“Jadi kita perlu bangkit memperjuang, mempertahankan hak serta nasib agama dan bangsa kita (Melayu). Jangan sekali-kali kita gadaikan kepentingan agama serta bangsa kita,".

Baru ini UMT membentangkan wacana bertajuk Politik Mahasiswa: Ke Mana Arahnya pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di kampus Universiti Malaysia Terengganu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membentangkan wacana perdana bertajuk Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahasiswa pada era kini perlu lebih kritikal dan radikal menyuarakan sebarang perkara berkaitan kepentingan bangsa dan agama seperti dilakukan mahasiswa zaman sebelum ini.Bagaimanapun, jelasnya, segala yang disuarakan itu tidak semestinya menentang dasar kerajaan atau bersekongkol dengan pihak pembangkang.Sebaliknya,apa yang perlu ditekankan adalah mempertahankan maruah agama dan bangsa.

“Inilah perbezaan ketara mahasiswa zaman saya dahulu dengan mahasiswa sekarang. Kalau dulu, kita menyuarakan tidak puas hati terhadap kerajaan tapi apabila tamat belajar, hampir semua daripada kami sertai kerajaan.
"Tetapi mahasiswa sekarang lain, ramai sokong kerajaan tetapi apabila keluar dari kampus mereka jadi anti-Islamik,”.
Ibrahim juga berpesan kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam politik kepartian ketika di kampus kerana ia akan memecahbelahkan mereka sesama sendiri.

Sekiranya perkara itu dibiarkan dan tidak dikawal,percayalah mana-mana kampus di universiti lambat laun akan ‘hancur-lebur’

Ahad, 3 Januari 2010

Sebuah Pertemuan (UNIC)

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman