Mahasiswa Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah serta hak agama dan bangsa termasuk dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly.“Jadi kita perlu bangkit memperjuang, mempertahankan hak serta nasib agama dan bangsa kita (Melayu). Jangan sekali-kali kita gadaikan kepentingan agama serta bangsa kita,".
Baru ini UMT membentangkan wacana bertajuk Politik Mahasiswa: Ke Mana Arahnya pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di kampus Universiti Malaysia Terengganu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membentangkan wacana perdana bertajuk Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahasiswa pada era kini perlu lebih kritikal dan radikal menyuarakan sebarang perkara berkaitan kepentingan bangsa dan agama seperti dilakukan mahasiswa zaman sebelum ini.Bagaimanapun, jelasnya, segala yang disuarakan itu tidak semestinya menentang dasar kerajaan atau bersekongkol dengan pihak pembangkang.Sebaliknya,apa yang perlu ditekankan adalah mempertahankan maruah agama dan bangsa.
“Inilah perbezaan ketara mahasiswa zaman saya dahulu dengan mahasiswa sekarang. Kalau dulu, kita menyuarakan tidak puas hati terhadap kerajaan tapi apabila tamat belajar, hampir semua daripada kami sertai kerajaan.
"Tetapi mahasiswa sekarang lain, ramai sokong kerajaan tetapi apabila keluar dari kampus mereka jadi anti-Islamik,”.
Ibrahim juga berpesan kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam politik kepartian ketika di kampus kerana ia akan memecahbelahkan mereka sesama sendiri.
Sekiranya perkara itu dibiarkan dan tidak dikawal,percayalah mana-mana kampus di universiti lambat laun akan ‘hancur-lebur’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan