" Ya Allah,kekalkan cinta kami didunia dan akhirat, Ya Allah masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu Agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya ".
Cinta bagai tajuk yang 'terbungkus' kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat ' malu-malu ', berwajah seni dan membawa jiwa.Cinta boleh disamakan dengan wang ringgit. Wang ringgit yang digunakan bagi tujuan dan perkara yang baik akan membawa ketenangan kepada pemiliknya. Cinta juga diibarat seperti pisau. Sekiranya pisau itu digunakan untuk melakaukan sesuatu yang sepatutnya seperti untuk memotong sayur, buah-buahan dan lain-lain yang mendatangkan manfaat, ia tidak memudaratkan kepada pemiliknya.
Teknologi pada zaman ini amat canggih,dan boleh dimanfaatkan untuk menyemarakkan rasa cinta.
saya tertarik dengan satu ayat yang digariskan oleh Rasulullah saw seperti dalam hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad saw, baginda bersabda; " Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartannya, keturunnya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia. "
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan