Ahad, 13 Disember 2009

kisah bulan dan bintang

Suatu hari aku mendengar satu kisah tentang bulan dan bintang,dalam cerita ia harus disatukan,Bintang menyintai Bulan. Tetapi bulan tidak menyintainya, ia hanya "menyukainya".Bintang terus tidak berkata apa-apa,lalu persoalan bermain difikiran (siapa yang membeza-bezakan cinta dengan suka)???. Kenapa bulan tidak membencinya sahaja, Aku mengetahui hal itu kerana sebuah bintang lain adalah teman karibnya.

Bulan yang kuceritakan ini adalah sebuah bulan yang berwarna merah,kerana ini tidak pernah mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan "aku mencintainya" Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setia permalam, dan sesungguhnya bulan mengetahuinya.

Aku akan memberitahu sebuah rahsia, aku adalah bintang,bulan benar-benar telah mencuri hati aku...aku harapkan hadirnya cinta pertama...kerana dirimu berharga dari segala-galanya...tertahta keimanan untuk dipertahankan.Aku teringat satu renungan kata-kata hamka: " Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan,tapi cinta menghidupkan penghargaan,menguatkan hati dalam perjuangan,menempuh onak dan duri penghidupan.

Kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan ,Kau nyalakan harapan ,Saat ku meragukan keampunan Tuhan ,Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segalanya.

akhir kalam...dan aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapa semesta,sambil berharap suatu hari nanti mungkin bulan akan datang kembali. Jika hari itu tiba aku akan terbang ke langit dan kembali menjadi yang akan selalu menemani bulan.

yang benar...
ikhlas..buat insan digelar bulan...dari bintang

Sabtu, 14 November 2009

adakah kau lupa

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah



Pendapat penulis, benar sungguh bahawa umat Islam telah lupa akan semua ini. Terlupa betapa hebatnya Islam di masa dahulu. Betapa Islam menerajui dunia di zaman di mana Eropah masih cuba untuk berdiri selepas kejatuhan Rom Barat.

Namun begitu, tidakkah kita sedang lupa tentang kisah manusia disebalik kejayaan ini? Adakah hanya kejayaan yang dilakarkan dalam buku-buku sejarah Islam? Adakah kita hanya mahu membaca kejayaan-kejayaan yang ada, tanpa melihat kejatuhan dan kehancuran dalam Islam sendiri?

Penulis tidak mempunyai apa-apa masalah dengan lagu sebegini. Tetapi apa yang penulis risaukan ialah bagaimana ianya digunakan untuk menunjukkan yang seolah-olah Islam sebelum kejatuhan Khilafah terakhir (Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul), kehebatan umat Islam tidak boleh dicabar oleh seluruh penduduk dunia, dan tiada masalah dalaman yang terjadi.

Itu ialah impressi yang penulis dapat apabila penulis pergi kepada sebahagian program-program Islamik dan juga berbicara dengan rakan-rakan Islamists penulis, khususnya dari Malaysia. Sejarah begini tidak objektif, pada pemikiran penulis. Sejarah ialah cerita mengenai manusia, tentang manusia, diceritakan oleh manusia. Oleh itu, sejarah amat bergantung kepada versi mana yang mahu diambil sebagai bahan rujukan. Walaupun setengah-setengah penceritaan akan lebih berat sebelah, ia tidak bermakna kita seharusnya menidakkan sumber itu secara total.

Pembacaan sejarah, sejarah Islam terutamanya, harus dilakukan secara objektif apabila mahu menilai sejarah. Selain daripada kehebatan dan kegemilangan yang ada, kita seharusnya melihat mengapa dan bagaimana pencapaian itu diperolehi dan apa keadaan sosio-politik yang ada pada ketika itu.

Contohnya, penyebaran empayar Islam pada zaman al-Khulafā’ur-Rāshidūn. Ya, mereka manusia hebat, bertaqwa dan beriman dengan sepenuh hati. Tetapi harus juga kita lihat yang pada masa itu, empayar Rom Timur, dibawah Maharaja Heraclius baru sahaja selesai berperang dengan empayar Sassanid Parsi (empayar Parsi bangkit beberapa kali selepas kejatuhan pertama oleh Alexander The Great). Kedua-dua empayar ini telah menghabiskan banyak wang dan sumber manusia semasa peperangan tersebut. Kebangkitan Islam dilihat sebagai sesuatu yang tidak signifikan pada awalnya, terutamanya oleh Rom Timur. Mereka merupakan pewaris empayar Rom yang pernah menguasai dunia. Mengapa mereka patut risau akan beberapa orang Arab yang berpecah belah? Orang Arab yang sebelum ini merupakan bangsa yang tidak pernah mengancam mana-mana kuasa di dunia secara signifikan? Namun, akibat daripada situasi yang ada pada ketika itu, empayar Byzantine berjaya dikalahkan beberapa kali, dan empayar Sassanid Parsi ditumbangkan. Sekiranya tentera Byzantine lebih bersiap sedia dan mempunyai disiplin dan peruntukan kewangan yang cukup, tidak mustahil umat Islam yang akan tewas.

Contoh lain ialah kebangkitan Khilafah Abbasiyah. Berapa ramai yang tahu pembunuhan beramai-ramai puak Bani Ummayah yang berlaku semasa peralihan kuasa tersebut? Berapa ramai yang tahu betapa janji-janji yang diberikan oleh penguasa Bani Abbasyah kepada ahli keluarga Khalifah pada masa itu merupakan janji palsu? Berapa ramai yang tahu bahawa ada teori yang mengatakan bahawa Bani Abbasiyah menggunakan sokongan golongan Syiah untuk menentang Khalifah pada masa itu, dan kemudiannya menindas puak Syiah? Berapa ramai yang mengkaji sistem yang digunakan pada zaman itu, dan kemudiannya mendapati bahawa terdapat elemen-elemen sekular di dalam pemerintahan Islam?

Sejarah harus dikaji secara objektif, supaya kita boleh melihat di mana umat terdahulu telah tersilap. Dimana dan mengapa, dalam konteks apa, dalam situasi bagaimana mereka tersilap. Mungkin bukan kesilapan yang kita patut lihat, tetapi mengapa sesuatu model kerajaan berjaya pada masa itu. Mungkin juga kita boleh melihat apa yang membolehkan kejadian-kejadian di zaman silam diterima oleh rakyat, walaupun andai dilihat dengan kaca mata moden, ia tidak sama sekali boleh diterima.

Namun begitu, umat Islam kontemporari apabila didedahkan dengan kelemahan dan keburukan umat Islam terdahulu, ramai yang tidak mahu mendengar, dan menuduh pembawa cerita begini sebagai musuh Islam. Lihat sahajalah bagaimana orientalis dibenci oleh orang Islam. Walau penulisan orientalis tidak sedap dibaca, kita tidak seharunya membuang penulisan-penulisan sebegini tanpa mempunyai hujah yang kukuh mengapa mereka tersilap. Dan kita juga harus mengakui bahawa sebahagian fakta yang dibawa oleh mereka merupakan fakta dari sudut pandangan mereka.

Persoalannya, mengapa umat Islam berfikir dan bertindak sedemikian rupa? Sikap yang sebegitu defensif ada gunanya, namun ia boleh menyebabkan kita buta pada benda-benda yang terang-terangan merupakan sesuatu yang salah.

Oleh itu, kajilah sejarah secara objektif. Dan janganlah prejudis yang ada pada fikiran kita menghalang kita daripada membuat kajian tersebut. Kerana sejarah merupakan cerita tentang manusia, dan sebagai manusia, kita juga boleh membuat kesilapan yang sama andai kita berada dalam situasi yang sama.

Wallahua'lam.

Selasa, 20 Oktober 2009

Nasihat Pendek ( selamat beramal )

"Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya

Ahad, 18 Oktober 2009

apa nak jadi... apa nak jadi

Aduhai2 kawanku.. Sekarang ini,dunia tak keruan...Disaat ini,manusia menjadi tamak,seorang kawan sanggup mengkhianati kawan sendiri,soal duit jadi ukuran...walaupun soal agama sekalipun,duit juga yang jadi ukuran...aku tak mahu menjadi orang sebegini rupa...Walaupn kita maju selangkah tetapi kita mundur beberapa langkah...alangkah sayangnya jika kita lupa akan hikmah menjadi seorang islam...

Kini kita sanggup berperang sesama kita,demi kepentingan sendiri...jika dahulu sahabat-sahabat nabi berperang kerana menegakkan islam...mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan 'tali allah'..pernah ku dengar suatu cerita,dimana seorang sahabat nabi yg sanggup berperang semata-mata ingin mati didalam keadaan syahid...tetapi apakan daya,disaat ajal tiba...dia berasa sedih..bukan kerana takut meninggalkan dunia...tetapi apa yg dihajatkan selama ini tidak kesampaian...'walaupun ana sering kali berperang atas jalan Allah,ana sedikitpun tidak berasa kesal,kerana mati syahid itu yang selama ini kucari alangkah bagusnya jika aku mati dalam medan perang... ,lihatlah diriku sekarang ini,berbaring diatas katil menunggu ajal seumpama unta'...kata-kata ini yg terkeluar dari hujung bibirnya disaat maut menghampirinya...

Lihatlah zaman ini,zaman yg diwar-war sebagai zaman berteknologi dan berinformasi tetapi masyarakat hidup dalam ketakutan. Anak-anak muda islam sudah menjadi teruk...yang mana dosa yg mana pahala tidak tahu dibezakan...dihati mereka hanya mahukan kepuasan...macam mana hendak dikata... nama nabi sanggup diperkotak katikkan...jangan begini wahai saudaraku...nak dirujuk jangan berdasarkan ilmu akli sahaja..nakli pun penting juga.. jangan pandai-pandai membuat hukum...hanya dosa percuma yg diterima ...kerana ini banyak agama sesat terbentuk..sanggup mengaku diri adalah nabi kononnya.. sejak kecil sudah tahu tiada nabi akhir selain nabi muhammad...tetapi ada juga yang terpedaya...nak dikeluh tiada kata,nak dikata tiada bahasa..walaupun penganut agama islam ramai diserata dunia...ukhwah sesama kita tiada...apa nak jadi..apa nak jadi...tidak terungkap seribu kata untuk dirasa....yg perlu hanya keinsafan dalam diri dan moga diberi petunjuk oleh Allah... insyaallah...
Mestikah Menyebarkan Dakwah Melalui USRAH

sebenarnya bagi korang untuk ape diadakan USRAH? apa tujuan..mesti untuk saling memperingatikan...emm,sebnarnya bagi ana USRAH ni memang bagus..tapi bagi ana tak ramai yg sukarela,dgn hati yang terbuka,dengan kesedran sendiri nk pergi USRAH kecuali terpaksa..biasanya yg rela hati pergi usrah ni orang2 yang agak warak,orang2 yang dah ada kesedaran tentang iman dan islam..tapi yang lalai diluar sana? *tolong tolong*

mestikah menyebarkan dakwah melalui usrah? mestikah menyebarkan dakwah dengan memakai kopiah? dengan memakai jubah? dengan membacakan ayat2 quran kepada si "mad "u"?mestikan selalu dibacakan hadith2 nabi untuk berdakwah?
jangan sesekali silap paham..ana bukan tolak al-quran dan hadith..al-quran dan hadith adalah panduan kita..panduan ana!!! Just wanna 2 say itu bukan cara yang sesuai untuk mendekati seterusnya berdakwah dengan golongan 'hardcore'..jenis manusia yang dalam I/C nya islam,tapi sememangnya entah ke mana,jumaat setahun sekali pon payah,puasanya entah terbang ke mana...jenis yang menogok air setan,yang dok berkepit dgn pompuan2, yang dok menikam nombor ekor iblis..

Bagi ana,golongan hardcore ni kena didekati dengan cara mereka..sekali lagi diulangi BAGI ANA....bukan ikut diorang 100%..just mula dgn jadi kwn..dok lepak sesama diorang,borak2..just bila masuk waktu, ko slow2 cakap, contohnya 'jap ek,ana nak pergi semayang jap'..tak payah dok ajak diorang contohnya 'korang tak semayang ke? tak takut Allah ke? Jom gie sembahyang sesama dll cara yg kurang sesuai',biar diorang terasa malu dengan sendirinya dan slow2 ikut kita..mungkin ambil masa 2-3 bulan or lebih baru diorang terasa nak sembahyang..tapi tak pe,slow2 beb..jangan main redah je..ntah la..ana nak share pon terasa banyak sangat benda nak
kena tulis..malas la ana nak sambung...
lain kali kalo ana rase rajin ana sambung..hehehe..

(Kalo korang rase ape yang ana tulis ni kasar and 'KERAS' sangat terpulang la..cuma aku nak tanya korang,mestikah dakwah itu selalunya lembut dan halus bahasanya?? lagi pun ni memang cara ana..cara ana menulis,cara ana meluahkan rasa hati, so sukati ana la nak tulis camne..hehehe..sori kalo terasa ek..0-0, ingat Allah ada lebih dekat dari nadi kita..wassalam)

Khamis, 15 Oktober 2009

Jiwa besar mahasiswa di KAMPUS

Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan di kampus.Jadilah mahasiswa yang tidak gentar dengan cabar yang akan ditempuhi…kerana ini pentas lakonan kita sebagai mahasiswa untuk mencorak langkah…satu persatu…

Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna. Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri.

Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. Berani lah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biar kan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkan nya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja.

Bina rentak anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri.Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.

Ahad, 11 Oktober 2009

wajah baru..dulu kini dan selamanya...

assalamualaikum w.b.t, bila tangan mula menaip tidak jemu-jemu untuk bertulis...mesti sahabat-sahabat pelik dan hairan mengapa ana sering postkan catatan mengenai cinta...tak habis-habis cinta...tapi..ana muncul dengan nafaz yang baru...dengan kisah yang berbagai...supaya dapat kita berkongsi bersama....info-info yang menjadi bualan masyarakat masa kini..

anak bangsa perlu menjadi gemilang...dengan keikhlas terbit dari hati...membina nafaz yang berbagai...jika hati tidak gentar..lidah perlu diputar...


"renung-renungkan dan selamat beramal"