(HARAPAN MEMBURU MASA KITA SELAMANYA) Jalani hari dengan khayalan, dan hidup dalam mimpi seperti hidup dalam kenyataan. Datang atas nama, berjuang demi satu, walau jauh dari mata, sentiasa kau dalam hati,aku sampaikan pesan aku nyanyikan rindu melalui lagu indah bagi mendapat kenangan dalam melodi nan agung bila berlagu, akanku rasa kau sentiasa bersamaku!!!
Khamis, 5 April 2012
BULAN dan BINTANG
aku memandang ke langit...aku melihat bulan dan bintang
sinarannya sangat indah seakan memberi senyuman padaku....
aku memandang ke langit..kemudian aku tertunduk
aku terdiam dan membisu lalu air mataku mengalir membasahi pipi....
aku memandang ke langit...aku melihat bulan dan bintang
kini sinarannya mula suram seakan memahami kepedihan hati...
aku memandang ke langit...kemudian aku terfikir
begitu indah ciptaan tuhan kerana bulan dan bintang menjadi teman...
andai bulan dan bintang
boleh faham kesedihan hati...
kenapa insan yang kita sayangi
sukar untuk memahami hati ini??
sesungguhnya
bulan dan bintang menjadi saksi
kehadirannya membawa seribu erti
kerana bulan dan bintang lebih memahami...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan